Perniagaan internet sama saja seperti perniagaan offline…memerlukan kesabaran dan usaha yang gigih sebelum anda berjaya mendapatkan hasil yang diidamkan.Anda juga perlu mengorbankan masa anda untuk merancang & mempelajari segala teknik yang berkesan untuk pemasaran internet anda.
Anda silap sekiranya beranggapan bahawa perniagaan internet adalah satu perkara yang mudah.Untuk bergelar seorang usahawan internet, anda perlu mempunyai nilai atau ciri-ciri seorang usahawan.Antara ciri-ciri berikut adalah rajin, sanggup berkorban nyawa masa,tenaga & wang ringgit, berpandangan jauh, kreatif , berani serta sanggup menghadapi risiko.Jadi tidak keterlaluanlah sekiranya saya mengatakan bahawa perniagaan internet ini tidak sesuai untuk semua kerana hanya mereka yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seperti di atas saja yang mampu melakukannya.Sekiranya anda tidak memiliki ciri-siri tersebut, lupakanlah niat anda untuk bergelar seorang usahawan internet kerana tidak mustahil lambat laun anda akan menemui jalan keGAGALan…
Andai kata anda bertekad juga untuk bergelar seorang usahawan internet, saya nasihat supaya persiapkanlah diri anda dari segi mental & fizikal.Hadapi realiti bahawa perniagaan internet juga merupakan salah satu cabang perniagaan.Jadi tiada istilah ‘4D’ (duduk diam dapat duit).Semuanya bergantung kepada usaha & kerajinan anda.
Seperti cabang perniagaan yang lain, perniagaan internet juga tidak terkecuali daripada risiko untuk anda mengalami kerugian.Kerugian adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam mana-mana perniagaan sekalipun.Rugi itu adat dalam perniagaan.Tiada perniagaan yang akan sentiasa untung tanpa mengalami sebarang kerugian.Manakala cepat atau lambat anda mendapat keuntungan daripada perniagaan internet ini semuanya bergantung kepada usaha yang telah anda lakukan.
Belajarlah dari segala kesilapan yang telah dilakukan.Kerana kesilapan itulah yang akan mencorakkan potret kejayaan anda…
Terima Kasih & Salam Kejayaan..!
Hadinur MS
Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms
Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/







