FREE..! Internet Marketing Scripts 100% PERCUMA..!
Powered by MaxBlogPress  

Perancangan & Tindakan Kunci Kejayaan

Categorized Under: Catatan Personal, Perniagaan Internet 5 Commented

Berdasarkan pengalaman saya yang tak semengah seberapa ni, dinasihatkan sebelum melangkah lebih jauh lagi dalam bidang perniagaan yang diceburi, adalah wajib bagi kita untuk merancang ataupun merangka beberapa pelan perancangan & tindakan bagi melancarkan lagi segala urusan perniagaan tersebut.

Pelan tindakan tersebut hendaklah atas dasar jangkamasa pendek, sederhana dan juga panjang yang mana ianya biarlah realistic dan mampu untuk dicapai.Ramai yang memulakan sesuatu perniagaan tanpa merancang apa yang perlu mereka buat atau bagaimana untuk mereka mencapai tahap yang diingini.Ni semua pernah terjadi pada saya gak.Jadi…janganlah ulangi kesilapan saya.  :oops:

Sebagai contoh, katakan anda mengajak keluarga anda untuk pergi bercuti.Mereka tentunya membalas dengan 1001 pertanyaan.

kita nak ke mana..? macamana nak pegi sana..? berapa lama kita kat sana..? ada duit ke nak gi bercuti ni..? dan bermacam-macam lagi persoalan.

Sekiranya anda menjawab ” kita akan menaiki kereta ke Pulau Pinang untuk bercuti selama 4 hari.Hotel sudah ditempah dan saya baru dapat bonus hujung tahun tempoh hari. Sekarang bersiap la, kita akan pergi bercuti “. Ini bermakna anda telah merancang kesemuanya.

Sebaliknya jika anda menjawab ” …er..erm…ntahla.saya belum rancang pape pun “. Kemungkinan besar hasrat anda itu akan gagal dan percutian tersebut hanyalah sekadar perbualan kosong.

Sama juga situasinya dengan perniagaan.Jika anda tak tahu hala tuju anda (jangkamasa panjang) ataupun macamana untuk anda mencapai kearah itu (jangkamasa pendek), keputusannya ialah – Anda Tidak Akan Kemana-mana..!

Ranncang Perjalanan Perniagaan Anda

Apabila anda telah melakar pelan perancangan & tindakan tersebut (sebaiknya lakukan secara terperinci yang boleh), selalulah meneliti ataupun mengimbas kembali perancangan tersebut untuk mengenal pasti tahap keberkesanannya.

Berbalik kepada analogy percutian tadi… Anda merancang untuk ke Pulau Pinang melalui jalanraya/lebuhraya yang telah ditetapkan.Tetapi sekiranya jalan tersebut ditutup kerana ada masalah, contohnya tanah runtuh.Maka terpaksalah anda memikirkan jalan alternative lain untuk ke Pulau Pinang.

Begitu juga dengan perniagaan.Sekiranya terdapat halangan pada perancangan yang telah ditetapkan, jangan takut untuk mengubahnya.Ingatlah…di dalam membina kejayaan sesebuah perniagaan, anda akan berhadapan dengan pelbagai halangan & rintangan.Oleh itu, anda hendaklah tabah menghadapinya & belajar untuk mempertingkatkan kemahiran anda pada setiap masa.Elakkan dari beranggapan bahawa rintangan itu yang akan menghalang kejayaan anda.Sebaliknya, jadikanlah ia satu cabaran yang akan membuatkan anda lebih bersemangat lagi dalam mencipta kejayaan.

Akhir sekali, jangan takut untuk mengubah perancangan anda apabila berlaku situasi yang tidak diingini.Belajar dari kesilapan lalu dan tetapkan matlamat yang baru.

Pastikan anda menulis kesemua perancangan anda.Tetapkan matlamat jangkamasa pendek – apa yang akan anda lakukan dalam tempoh beberapa minggu ni.Matlamat jangkamasa sederhana – mungkin untuk enam bulan ke hadapan dan jangkamasa panjang untuk 2-3 tahun akan datang.Seharusnya anda mengimbas perancangan anda setiap minggu ataupun sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan anda tidak tersasar dari matlamat yang telah ditetapkan.Lakukan apa saja perubahan sekiranya perlu dan seperti kata orang putih, ‘reward yourself’ ‘ sekiranya berjaya mencapai matlamat tertentu. :mrgreen:

Sebelum saya mengakhiri artikel saya pada kali ni, saya ingin berkongsi dengan anda semua sebaris kata-kata yang telah diungkapkan oleh sorang bijaksana yang berbunyi :-

‘happy people plan actions, they don’t plan results…’

Jadi apakah ‘plan’ anda..? Andalah yang tentukan…

Terima Kasih & Salam Kejayaan..!

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

 Powered by Max Banner Ads 

5 Responses to “Perancangan & Tindakan Kunci Kejayaan”

  1. imabiz says:

    yela… perancangan adalah sebagai guide line suatu perlaksanaan yang dilakukan,,
    imabiz´s last blog ..Program Keusahawanan E-Pendidikan – Program Paling Berpotensi Masa Hadapan My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Tanpa guide line, adalah sukar untuk kita melaksanakan sesuatu tugasan tersebut.

    Ibarat layang-layang yang putus talinya…

    ‘Vision without action is a daydream. Action without vision is a nightmare.’ :mrgreen:

    [Reply]

  2. NMD says:

    Tanpa perancangan, maka takdalah pencapaian kan kan? Sebab tu membina matlamat adalah penting tak gitu Hadinur!

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Betul tu NMD…

    Membina matlamat tu memang penting.
    Bila ada matlamat, baru la bermakna hidup ni.

    Tapi…matlamat tu bukan hanya sekadar untuk dibina,
    ianya untuk dicapai bagi meningkatkan kualiti
    hidup kita… :grin:

    [Reply]

Leave a Reply

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 
CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree