Assalamualaikum wbth & Salam Perkenalan,
Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya blog saya ni berjaya dilancarkan.Setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan dapat juga saya memiliki blog dot com saya sendiri.Tetapi sebenarnya untuk memiliki blog dot com anda sendiri taklah sesusah yang dibayangkan.Mungkin susah bagi saya tetapi senang bagi anda…Ini bergantung kepada pengetahuan dan pemahaman seseorang itu mengenai internet dan fungsi-fungsinya.Untuk pengetahuan anda, ini adalah blog saya yang pertama dan saya masih lagi baru @ ‘newbie’ di dalam dunia IM.
Sejujurnya saya katakan bahawa saya adalah hero ‘zero’ yakni tak tau langsung pasal blog, hosting, domain dan macam-macam lagi la sebelum saya memasuki dunia IM.Tetapi itu semua bukannya alasan untuk saya tidak memiliki perniagaan internet saya sendiri.Internet…dunia tanpa batasan.Segala-galanya ada di internet.Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.Saya berusaha mencari segala macam panduan/info berkenaan perniagaan internet dan buat duit online.Ade yang free dan ade juga yang berbayar.Bagi saya tak rugi sekiranya mengeluarkan sedikit perbelanjaan bagi membeli ilmu yang boleh diguna pakai untuk perniagaan internet kita…Percaya atau tidak, terhasilnya blog saya ni pun disebabkan oleh panduan ebook-ebook yang saya baca sama ada yang percuma mahupun yang saya beli di internet.
Pembelian pertama saya di internet adalah produk Duit Mania yakni produk Ammar Zahar, seorang IM tempatan yang sedang meningkat naik namanya.Produk beliau sedikit sebanyak memberi ilmu pengetahuan dan membuka mata saya tentang cara-cara buat duit di internet.Beliau juga merupakan ‘founder’ untuk FORUM DUIT MANIA.
Tetapi sebelum itu, saya telah didedahkah dengan perniagaan internet melalui buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” (Saifulsham) dan “8 Rahsia Jutawan Siber” (Rosli Jamal).Kedua-dua buku ini merupakan titik tolak kepada permulaan saya untuk menceburkan diri di dalam dunia IM.
Sebagai permulaan membina perniagaan internet , saya telah menjual produk-produk digital yang mempunyai lesen MRR yakni Lesen Hak Jual Kembali.Produk-produk tersebut anda boleh lihat di sini.
Saya rasa setakat ni saja yang mampu saya tulis untuk post ‘Mukaddimah’ ni…Insya’Allah kita akan bertemu lagi di post/masa yang akan datang.Nantikan lebih banyak post yang akan saya keluarkan untuk kita sama-sama berkongsi panduan & info tentang perniagaan internet dan buat duit online.
Terima Kasih Di Atas Kelapangan Anda..!
Hadinur MS
Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms
Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/







