Perniagaan internet kini semakin meluas pengaruhnya,meliputi hampir kesemua kategori perniagaan.Paling ketara sekali adalah melibatkan perniagaan runcit (retail) yang mana keperluannya adalah amat penting sekali.Disebabkan itu, maka peruncit (retailer) telah memulakan langkah mereka dengan membina kedai online bagi meraih keuntungan di dalam pasaran internet.Perniagaan tanpa sempadan ini membolehkan pemilik kedai online menerima pelanggan dari serata dunia, 24 jam sehari.Perniagaan berasaskan kedai online ini telah terbukti menjadi penyelesaian kepada era baru dunia perniagaan dalam memenuhi kehendak pengguna.

Anda juga boleh memiliki kedai online sekiranya berminat untuk memasuki pasaran tanpa sempadan ni.Dengan hanya beberapa langkah saje, anda boleh memiliki & menguruskan kedai online dari rumah ataupun mengikut keselesaan anda.Mungkin anda tidak memiliki sebarang kemahiran/pengetahuan dalam membina kedai online.Tetapi anda boleh mendapatkan perkhidmatan membina kedai online dari mana-mana pakar pembangun laman web (web designer) dengan harga yang berpatutan.
Sebab wujudnya kedai online :-
- Disebabkan arus kemodenan, manusia semakin sibuk dengan tugas masing-masing sehingga tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti membeli-belah.Aktiviti ini dianggap banyak membuang masa mereka.
- Walaubagaimanapun, berdasarkan pada faktor ini, pengguna tidak dapat lari dari membeli keperluan harian mereka dan juga keperluan yang lain.
- Kesukaran untuk mencari lokasi membeli-belah yang mana mereka boleh mendapat kesemua keperluan di bawah satu bumbung dengan harga berpatutan.
- Kesesakan lalu lintas juga menjadi punca kepada kewujudan kedai online.
- Oleh kerana itu, semakin ramai pengguna lebih gemar untuk berbelanja di internet bagi mengelakkan segala kesulitan dan membuat pembelian dari keselesaan di rumah mahupun di pejabat tanpa sebarang kerumitan.
Penyelesaiannya :-
Menyediakan kedai online merupakan jalan terbaik bagi memastikan pengguna selesa & dapat berbelanja secara bijak tanpa perlu membuang masa mereka.Kedai online berupaya melayani pelanggan dari serata dunia, setiap detik dengan mudah.
Jika dulu pada penghujung kurun ke 15, dunia telah dikejutkan dengan penemuan ‘New World’ (Amerika) oleh Christopher Columbus yang mana penemuan tersebut telah memberikan keuntungan kepada banyak pihak.Kini setelah lebih 500 tahun berlalu, kita telah di temukan lagi dengan sebuah ‘New World’.Dunia baru yang dimaksudkan di sini adalah internet dan ianya adalah dunia tanpa sempadan untuk kita meraih keuntungan.
Terima Kasih & Salam Tahun Baru.
Hadinur MS
Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms
Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/








salam..
kedai online adalah salah satu alternatif kepada kedai fizikal yg ada sekarang. system yg bagus dan sewa tapak yg murah juga salah satu sbb kedai online mendapat tempat dalam era baru ini.
tetapi, kalau salah perhitungan, satu barang pon tak dapat nak dijual. bukan mudah jika tidak mempunyai kajian yg mendalam dan strategi yg betul utk membuka kedai online.
[Reply]
Hadinur MS Reply:
January 9th, 2010 at 1:53 pm
W’salam…
Dalam mana2 bidang perniagaan pun, strategi & teknik pemasaran yang
berkesan merupakan salah satu faktor seorang usahawan tu berjaya.
Gagal atau sukses seorang usahawan tu terletak pada diri sendiri.
[Reply]
Jadinya kena belajar, dapat ilmu & amalkan ilmu yang ada.. walaupun ilmu kita sikit
betul tak?
[Reply]
Hadinur MS Reply:
February 5th, 2010 at 2:07 am
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Berusaha untuk dapatkan ilmu & amalkannya
adalah cara terbaik untuk memajukan diri.
[Reply]