FREE..! Internet Marketing Scripts 100% PERCUMA..!
Powered by MaxBlogPress  

Kenali Diri & Kelebihan Anda

Categorized Under: Buat Duit Online, Catatan Personal, Perniagaan Internet 3 Commented

Setiap manusia dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.Oleh itu kenali dan kaji kelebihan diri anda.Gunakan kelebihan yang ada pada anda, walaupun sedikit saja sudah cukup untuk anda mula menjana pendapatan di internet.Jangan terlalu terikut-ikut dengan kelebihan/kecenderungan orang lain.Contohnya, bila kita tengok orang jual barang kat ebay, kita pun nak jual.Kita tengok orang buat adsense, kita pun nak buat.Tengok orang jual produk PLR/MRR, kita pun nak jual jugak…Senang cerita, kelabu mata la ni.Last-last satu apa pun tak jalan.Yang dapat cuma pening (overloaded).

Beri masa pada diri anda untuk memilih  dan menilai cabang yang manakah paling sesuai untuk anda…Tanya pada diri sendiri – ‘Apakah yang aku minat..?‘.Minat memainkan peranan penting kerana minatlah yang akan mendorong anda untuk terus  berusaha.Anda juga tidak akan menjadi cepat bosan sekiranya membuat sesuatu perkara yang anda minat.

Sebagai permulaan untuk menceburkan diri di dalam perniagaan internet, anda hendaklah fokus kepada satu cabang saja.Ini kerana sekiranya anda ingin membuat semua perkara di dalam satu masa adalah amat mustahil..! Melainkan anda sudah lama berkecimpung di dalam perniagaan internet ni.Sekiranya anda fokus kepada satu cabang, maka anda boleh menyusun strategi/langkah anda dengan lebih baik & teratur.Percayalah…fokus amat penting bagi anda yang masih baru di dalam perniagaan internet ni.Buang sikap tamak anda..!

Ilmu…ya ilmu merupakan keutamaan yang wajib ada pada anda.Sekiranya anda tidak mempunyai ilmu yang berkaitan dengan cabang yang anda pilih, anda tidak akan mampu untuk melakukan apa-apa.Jadi…carilah ilmu yang berkaitan dengan cabang perniagaan internet anda.Jangan kedekut takut untuk mengeluarkan duit untuk membeli ebook2 atau menghadiri seminar2 yang berkaitan dengan perniagaan internet.Sekiranya anda menghadapi masalah modal, anda masih boleh mendapatkan sumber2 percuma yang banyak terdapat di internet.Cuma anda kenelah membuang sedikit masa anda untuk mencarinya.

Buang sikap malas anda..! Sekiranya ini adalah sikap yang ada pada anda sekarang.Ingatlah…perniagaan internet juga sama seperti perniagaan offline yang lain.Anda hendaklah rajin berusaha untuk memajukan diri & perniagaan anda.

Sekiranya anda telah memilih cabang/bidang yang ingin anda ceburi, teruskan fokus…Rancang segala strategi/langkah anda.Disiplinkan diri untuk mencatat apa2 saja perancangan & buatlah jadual untuk melaksanakannya.

Ambil dan buatlah satu keputusan yang tepat berdasarkan kelebihan & minat anda.Semoga tujuan anda untuk menghasilkan pendapatan di internet menemui jalan kejayaan.

Terima Kasih & Salam Kejayaan..!

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

 Powered by Max Banner Ads 

3 Responses to “Kenali Diri & Kelebihan Anda”

  1. Saya sangat setuju – “Jangan terlalu terikut-ikut dengan kelebihan/kecenderungan orang lain.Contohnya, bila kita tengok orang jual barang kat ebay, kita pun nak jual.Kita tengok orang buat adsense, kita pun nak buat.Tengok orang jual produk PLR/MRR, kita pun nak jual jugak…Senang cerita, kelabu mata la ni.Last-last satu apa pun tak jalan.Yang dapat cuma pening (overloaded).”

    Setiap orang banyak nak ikut orang lain. Tengoklah kemampuan diri terlebih dahulu. Tidak rugi bermula dari bawah asalkan ada hati untuk berusaha. Tak gitu?
    Motivasi Kerja´s last blog ..Kerjaya Sebagai Photographer My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Ya betul…biarlah keinginan tu bersesuaian dengan kemampuan.berusaha untuk mencapainya dan yakin dengan kebolehan diri sendiri. ;-)

    [Reply]

  2. [...] baik bagi anda untuk menemukan potensi diri anda setelah mengalami kegagalan dan memperbaikinya.Meningkatkan potensi diri sangat penting dan [...]

Leave a Reply

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 
CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree