FREE..! Internet Marketing Scripts 100% PERCUMA..!
Powered by MaxBlogPress  

7 Teknik Pemasaran Internet Berkesan

Categorized Under: Catatan Personal, Perniagaan Internet 9 Commented

post8_successPemasaran adalah ibarat nadi atau jantung sesebuah perniagaan.Tanpa teknik atau strategi pemasaran yang berkesan, seseorang usahawan itu berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan para usahawan yang lain dan ini akan menyebabkan usahawan berkenaan terpaksa ‘gulung tikar’ sekiranya perkara tersebut berlanjutan.7 teknik pemasaran internet ini boleh diguna pakai dan sememangnya berkesan sekiranya dipraktikkan dengan betul.Teknik -teknik ini telah diakui keberkesanannya oleh kebanyakkan usahawan-usahawan berjaya yang telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan internet ini.

1. Pemasaran Forum

Forum adalah tempat yang sesuai untuk anda membina nama ataupun ‘jenama’ anda.Berikan sesuatu maklumat yang berharga dan percuma kepada ahli forum.Dengan cara yang demikian, anda akan ‘dipandang’ dan ‘kewujudan’ anda disedari oleh ahli-ahli forum yang lain.Ini secara tidak langsung dapat membina reputasi anda dalam niche yang anda pilih.Letakkan link anda pada ruangan signature.Elakkan dari terlibat dengan sebarang pergaduhan atau perbalahan.Anda ke forum adalah untuk mempromosikan perniagaan anda dan bukannnya untuk bergaduh. :evil:

2. Pemasaran Social (Laman Social Networking)

Pemasaran sosial ni lebih kurang sama saje dengan pemasaran forum.Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemasaran sosial, sila baca artikel saya yang bertajuk Usahawan Internet & Laman Social Networking.

3. Pemasaran Blog

Blog merupakan satu medium yang patut dimanfaatkan untuk menarik trafik ke laman web jualan anda.Dinasihatkan supaya anda menggunakan blog berbayar iaitu blog yang dihostkan di domain anda sendiri.Ini akan meningkatkan tahap ‘percaya’ pelawat/pembaca yang datang ke blog anda untuk mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

4. Pemasaran Artikel

Merupakan satu cara yang popular untuk menjana back link daripada laman-laman web yang berkualiti/bertrafik tinggi.Lebih banyak artikel anda menerima pendedahan di dunia online maka akan lebih banyaklah perhatian/trafik yang akan anda terima sekaligus bakal mendapatkan hasil jualan untuk anda.

5. Pemasaran Video

Kini video telah menjadi trend untuk memasarkan info secara online.Ini kerana video adalah fleksible dan boleh menarik perhatian orang untuk menontonnya.Masukkan URL  laman yang anda promosikan di awal dan akhir video tersebut.Sesiapa pun yang menonton video berkenaan, dengan mudah dan cepat akan dapat mencari link untuk mendapatkan informasi lanjut.

6. Pemasaran Email

Ia memerlukan anda untuk membina squeeze page dan meletakkan borang opt-in untuk mendapatkan alamat email subsciber.Contoh squeeze page yang biasa anda lihat adalah anda akan mendapat produk/software percuma sekiranya anda meletakkan nama & alamat email anda pada borang opt-in.Autoresponder diperlukan untuk membolehkan anda menghantar respond kepada orang yang mengisi maklumat pada borang opt-in tersebut dan menghantarnya secara automatik.Autoresponder juga digunakan untuk menghantar sebarang email promosi kepada senarai subscriber anda dengan sekali klik sahaja. :-)

7. Pemasaran Viral

Buatlah satu ebook percuma dan letakkan pada squeeze page anda.Di dalam ebook tersebut selitkan link-link laman web jualan dan juga blog anda atau apa-apa saje link (link-link affiliate anda) yang berkaitan dengan isi kandungan ebook.Benarkan subcriber anda untuk mengedarkan ebook berkenaan secara percuma tetapi dengan syarat…isi kandungan ebook tidak boleh diubah.Maka di sini link-link anda yang terdapat di dalam ebook terbabit akan tersebar dari tangan ke tangan.

productivity-increased

Sebenarnya terdapat banyak lagi teknik dan juga strategi pemasaran internet yang berkesan boleh anda gunakan.Tetapi di sini saya hanya menunjukkan 7 teknik pemasaran internet saje yang terbukti keberkesanannya untuk dikongsikan bersama dengan anda.

Terima Kasih & Salam Kejayaan..!

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

 Powered by Max Banner Ads 

9 Responses to “7 Teknik Pemasaran Internet Berkesan”

  1. imabiz says:

    salam sejahtera… imabiz pun memang gune teknik yang empunyer blog nie berikan… tahniah.. satu perkongsian yang amat baik..

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Salam imabiz…

    Sama2.

    Teknik2 ni adalah asas dalam melakukan pemasaran di internet
    dan sememangnya terbukti berkesan.
    Cuma memerlukan sedikit usaha & kerajinan saje.

    Kalau nak tengok hasil yang memberansangkan, kenelah rajin
    macam imabiz ni… :smile:

    [Reply]

  2. aleh says:

    Teknik-teknik ni mmg berkesan kalo dibuat dengan betul..
    dan kena rajin usaha…
    bro. nk tanya ni..kalo wat pemasaran artikel ni biasanya articel english..sbb leh hntar ke..website2 articel submission atau press release submission…kalo articel b. melayu macam mn pulak?sesuai atau tidak untuk buat pemasaran articel guna articel b.melayu?
    aleh´s last blog ..2 tool google untuk kajian keyword My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Bab2 pemasaran ni memang kita nak kene rajin…
    Kalau malas memang x kemana la kita. :sad:

    Hantar artikel B.Melayu ke artikel direktory memang saya buat untuk dapatkan back link, di senaraikan kat enjin carian macam google dengan cepat & sedikit trafik.
    Kalau nak dibandingkan dengan artikel English mungkin jauh bezanya.

    Macamane pun, still ada gak trafik yang datang & dapat back link
    dari artikel directory ni.
    Yang penting, jangan lupa letakkan link website kat artikel
    tu.

    Sekali dua kali hantar memang tak nampak impak dia.
    Setiap kali ada artikel baru kat blog terus je hantar ke
    artikel directory.
    Insyallah, akan nampak keberkesanan tu. :mrgreen:

    [Reply]

    aleh Reply:

    ok…thanks bro. dgn tips2 yg diberi..
    kira kne cari la ea…articel directory yg terima
    bahasa selain enlish..thanks sekali lg :)
    aleh´s last blog ..2 tool google untuk kajian keyword My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Sama2… :grin:

    Cuba la hantar artikel kat sini–> http://artilib.org/
    Submit press release kat sini–> http://www.prlog.org/

  3. cikgudee says:

    Dari semua 7 tenik pemasaran yang saudara nyatakan, nampaknya hanya pemasaran blog sahajalah yang dibuat. Yang lain tu masih buntu lagi..
    cikgudee´s last blog ..BAGAIMANA MENJEMPUT RAKAN MENJADI AHLI TAGGED? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Takpe la cikgudee…
    Buat satu persatu.Suma tu amik masa untuk kita belajar.
    Cuma jangan limitkan pemasaran kita dengan satu teknik je… :smile:

    [Reply]

  4. [...] Sekiranya anda adalah seorang usahawan tidak kiralah sama ada online ataupun offline, blog juga boleh menjadi salah satu medium pemasaran yang efektif. [...]

Leave a Reply

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 
CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree