FREE..! Internet Marketing Scripts 100% PERCUMA..!
Powered by MaxBlogPress  

Lima Tips Menghadapi Kegagalan Tanpa Penyesalan

Categorized Under: Motivasi 8 Commented

“I have not failed.I have just found 10,000 way that will not work.” Ini adalah ungkapan terkenal yang telah diucapkan oleh Thomas Alva Edison sebaik saje beliau berjaya mencipta lampu yang pertama.Ungkapan ini jelas menunjukkan bahawa kegagalan bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya. Menyesali kegagalan secara terus-menerus akan membawa anda kepada kegagalan yang lain.Anda hanya perlu melihat kegagalan dari sudut pandangan yang berbeza, dan anda akan dapati bahawa kegagalan pada hari ini mungkin akan menjadi sesuatu yang berguna di masa hadapan.

frustrated-man1

Perkara asas yang perlu difahami di sini adalah, bukan anda sorang saje yang menghadapi kegagalan.Kegagalan merupakan satu perkara biasa sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.Oleh sebab itu, anda tidak perlu menyesali kegagalan anda terus menerus kerana ianya mungkin akan menjadi satu batu loncatan untuk anda berjaya di masa hadapan.Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menukar kegagalan tersebut menjadi motivasi, anda boleh melakukan lima tips ini :-

1 - Berfikiran positif

Mempunyai pemikiran yang negatif tentang kegagalan akan menjadi satu penghalang yang besar bagi anda.Anda mungkin takut untuk memulakan kehidupan yang baru kerana bimbang akan menghadapi kegagalan yang lain.Jika ‘tersekat’ pada tahap ini, anda akan berada jauh dari kejayaan.Satu perkara yang perlu difahami adalah, mengatasi rasa penyesalan akibat kegagalan tersebut amat bermanfaat kepada anda dalam memperkuatkan lagi ketahanan mental.Apa-apa pun, jangan biarkan penyesalan tersebut menghalang anda daripada memiliki masa depan yang lebih cerah.

2 – Mencari punca kegagalan

Anda tidak seharusnya melihat hanya faktor luaran saje di sebalik kegagalan tersebut.Sebaliknya cuba lihat juga dari segi faktor dalaman.Faktor luaran datang dari persekitaran atau situasi anda, termasuk kekurangan kemudahan atau kurangnya sokongan.Faktor dalaman datangnya dari dalam diri anda.Sekiranya anda menemukan lebih banyak faktor luaran, itu bermakna anda telah mencuba yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi anda untuk mencapai matlamat tertentu.Sebaliknya anda harus menilai semula diri anda sekiranya menemukan lebih banyak faktor dalaman yang mempengaruhi kegagalan anda.Mungkin anda kekurangan motivasi atau kurangnya disiplin dalam mengikuti jadual ataupun mempunyai masalah lain, anda harus mengubahnya segera.

3 – Buat penyelesaian yang terbaik

Jika anda telah menemukan faktor atau punca kegagalan tersebut, anda perlu mencari jalan terbaik untuk memperbaikinya.Melakukan langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut adalah lebih baik daripada melakukan kesemuanya sekaligus.Membuat penilaian yang jelas agar anda lebih fokus terhadap masalah tertentu dan ianya akan memudahkan anda untuk memperbaikinya.

4 – Menemukan potensi diri anda

Lebih baik bagi anda untuk menemukan potensi diri anda setelah mengalami kegagalan dan memperbaikinya.Meningkatkan potensi diri sangat penting dan membantu dalam usaha mencapai kejayaan.

5 – Trial and Error

Ini merupakan salah satu daripada langkah-langkah untuk mencapai kejayaan.Anda perlu memastikan bahawa anda menguruskan dengan baik semua usaha/rancangan anda bagi mengelakkan melakukan kesilapan/kegagalan yang sama.Ingat, anda mungkin melakukan kesilapan tetapi bukan kesilapan yang sama seperti apa yang telah anda lakukan dalam usaha/rancangan sebelum ni.Selain itu, kunci utama dalam melakukan trial and error ini adalah kesanggupan dan kesediaan anda untuk bekerja lebih keras.

Menerapkan lima tips di atas akan sangat membantu anda dalam menghadapi kegagalan tanpa penyesalan.Selepas ini, kegagalan bukan lagi satu masalah besar bagi anda… ;-)

Terima Kasih & Semoga Berani Gagal..!

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

 Powered by Max Banner Ads 

8 Responses to “Lima Tips Menghadapi Kegagalan Tanpa Penyesalan”

  1. Fatin Pauzi says:

    Orang yang terus berputus asa selepas dia gagal, bermakna dia tak layak langsung untuk menjadi seorang yang berjaya kerana orang yang berjaya tidak bersifat demikian. It’s very harsh to say. :D

    Ramai orang berjaya mengatakan kejayaan mereka adalah selangkah sahaja selepas kegagalan mereka.
    Fatin Pauzi´s last blog ..Cara Terbaik Mengecilkan Liang Pori Pada Wajah My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Bukan tak layak…
    tp memang tak boleh pun.
    sebabnya, macamane nak berjaya
    kalau dah terus berputus asa. :grin:

    So…kalau kita nak berjaya,
    kita kenelah ikut cara orang berjaya.
    Tak gitu Fatin… ;-)

    [Reply]

  2. Zairi Zaidi says:

    Tips yang bagus.
    Ada yang pernah saya amal.

    “Failure is a stepping stone to success”

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Sama2 Zairi…

    There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work, and learning from FAILURE.

    [Reply]

  3. aleh says:

    tips yg best bro..
    jgn jadikan kegagalan sebagai halangan..
    jdkan kegagalan sebagai cabaran…untuk terus maju..
    kegagalan juga proses pembelajaran..
    aleh´s last blog ..2 tool google untuk kajian keyword My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Betul tu aleh…
    Kita sebagai manusia haruslah
    belajar dari kesilapan yang lepas.

    Kegagalan tu merupakan satu kejayaan
    sekiranya kita belajar sesuatu
    daripadanya… :smile:

    [Reply]

    jimie Reply:

    stuju..gagal sekali tak bermakna gagal selamanya….bagi aku kita tak gagal selagi kita tak berputus asa…maknanya jikalau kita berputus asa kita sebenarnya dikira gagal…

    :cool:

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Haa…betul tu jimie.

    So jangan la kita cepat sangat putus asa.

    ‘Orang berjaya tak pernah putus asa, manakala orang yang berputus asa takkan pernah berjaya..’ :mrgreen:

    [Reply]

Leave a Reply

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 
CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree