FREE..! Internet Marketing Scripts 100% PERCUMA..!
Powered by MaxBlogPress  

Tiga Cara Untuk Menyiapkan Tugasan Anda

Categorized Under: Catatan Personal 4 Commented

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini..? Anda mempunyai berbagai tugasan untuk disiapkan dan apa yang selalu anda cakap atau terlintas difikiran adalah – ‘kejap lagi la aku siapkan..’ Tetapi secara ironiknya, ‘kejap lagi’ itu adalah satu tempoh masa yang mana anda sendiri tidak tahu bila.Walaupun ianya adalah satu tugasan yang penting, namun agak sukar untuk memotivasikan diri sendiri untuk menyiapkannya.

Sebenarnya, terdapat tiga cara yang berkesan untuk anda memotivasikan diri dan sekaligus menyiapkan tugasan tersebut.

Pertamanya, perlu diingatkan supaya anda kekal fokus.Fokus di sini bukanlah merujuk kepada tugasan anda itu, tetapi kepada ‘ganjaran’ yang bakal anda terima apabila menyiapkan tugasan tersebut.Sekarang tidakkah kita merasa teruja apabila mendapati sesuatu ‘menunggu’ kita apabila kita berjaya menyiapkan tugasan tersebut? Ini adalah satu teknik untuk memotivasikan diri kita.Tumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan dan ‘ganjaran’ yang bakal anda terima.Dengan ini, secara tidak langsung akan memotivasikan anda untuk menyiapkan tugasan tersebut berbanding ‘kejap lagi la aku siapkan…’ :-)

Keduanya, pastikan anda jelas dengan ‘kenapa anda harus menyiapkan tugasan tersebut?’.Bayangkan hasil yang anda mahu dan kekalkan ia di minda sehinggalah tugasan tersebut siap.Adalah penting untuk memastikan anda jelas dengan sebab tersebut agar anda mendapat sedikit motivasi daripadanya.

Akhir sekali, kekalkan sikap anda untuk menyiapkan apa yang perlu disiapkan.Jadikan ianya rutin harian untuk anda menyiapkan tugasan tertentu dalam tempoh masa tertentu.Pastikan anda hanya melakukan tugasan berkenaan saja dalam masa yang telah anda tetapkan.Sebagai contoh, anda ingin melakukan aktiviti pemasaran internet dari jam 9pm – 11pm.Jangan melakukan aktiviti lain dalam tempoh masa tersebut.Disiplinkan diri untuk mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

Sekiranya anda buat dan amalkan tiga cara di atas, saya yakin anda pasti dapat menyiapkan kesemua tugasan anda dalam masa yang telah ditetapkan.Pada permulaannya mungkin agak susah sedikit.Tapi lama-kelamaan ianya akan menjadi satu kebiasaan.Percayalah…tiada apa yang mustahil sekirannya anda betul-betul ingin mendapatkannya.

Terima Kasih & Buat Yang Terbaik..!

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

 Powered by Max Banner Ads 

4 Responses to “Tiga Cara Untuk Menyiapkan Tugasan Anda”

  1. maizul.com says:

    Selalunya kita sering lupa ganjaran yang menanti. Tip yang bagus. tq

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Sama2 saudara Maizul…
    Kita sebagai manusia x lpas drpd melakukan kesilapan & kealpaan.
    Ganjaran tu hanya sekadar pendorong utk kita melakukan yg terbaik antara yg terbaik… :grin:

    [Reply]

  2. Untuk berjaya kita harus berusaha and never give…

    Thank,good Info =)
    Faisal Abdullah´s last blog ..Jom Berkenalan Dengan Follower Widget My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Ya betul tu Faisal…

    Usaha & kegigihan dalam melakukan apa yang
    kita buat pasti akan terbalas
    dengan kejayaan…

    Yang utama adalah jangan putus asa… ;-)

    [Reply]

Leave a Reply

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 
CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree