FREE..! Internet Marketing Scripts 100% PERCUMA..!
Powered by MaxBlogPress  

Blog..? Apa Benda Tu..?

Categorized Under: Blogging 6 Commented

Melainkan sekiranya beberapa tahun kebelakangan ni anda ibarat ‘katak di bawah tempurung’, anda seharusnya tahu apa itu blog atau paling tidak pun pernah dengar mengenainya.Mungkin yang agak mengelirukan anda adalah kegunaan serta kepentingannya kepada sesetengah individu.

Blog merupakan gabungan 2 patah perkatan web & log.Web bermaksud laman web, manakala log pula mewakili catatan atau jurnal.Jadi di sini, dalam erti kata lain blog merupakan catatan/jurnal laman web.Ianya dibina & dikemaskini oleh seorang yang di kenali sebagai blogger.Blog biasanya mengandungi koleksi artikel perkongsian maklumat atau sekadar diari si penulis (blogger).Terdapat juga sesetengah blog yang mempunyai kombinasi gambar, artikel, video &  mp3.Semuanya terpulang kepada blogger tersebut.

blog1

Pada kebiasaannya, ramai yang beranggapan bahawa mereka yang berpengaruh atau ternama saja sesuai mempunyai blog.Tidak wajarlah sekiranya kita berfikiran sedemikian.Ini kerana memiliki blog tidak terhad kepada mereka yang ternama atau berpengaruh saja.Walau siapa anda sekalipun, sama ada seorang pelajar, pekerja swasta, kakitangan kerajaan, usahawan mahupun penanam anggur berjaya penganggur, anda seharusnya mempunyai blog.Kita perlu memiliki blog bagi tujuan perniagaan, minat, membina kredibiliti atau sekadar diari harian.Ini kerana blog merupakan salah satu medium yang berkesan untuk menyampaikan informasi terkini mengenai diri ataupun perniagaan anda.Tahukah anda, dengan memiliki blog anda juga boleh menambah pendapatan & menjadi terkenal..!

Berikut adalah beberapa cara untuk menghasilkan pendapatan melalui blog :-

1- Jual servis/produk.

Sekiranya anda adalah seorang usahawan tidak kiralah sama ada online ataupun offline, blog juga boleh menjadi salah satu medium pemasaran yang efektif.

2- Jana wang melalui affiliate.

Menjadi agen pemasaran bagi menjual sesuatu produk di blog anda.Anda akan diberikan komisyen sekiranya terdapat pembelian melalui link affiliate anda.

3- Sewa ruang pengiklanan.

Anda boleh menyewakan  ruang pengiklanan yang terdapat di blog anda kepada sesiapa saja yang berminat atau anda boleh mendaftarkan blog anda dengan komuniti pengiklanan online.

Di atas merupakan 3 cara yang biasa dilakukan oleh blogger untuk menambah pendapatan mereka.Kalau diikutkan, sememangnya terdapat pelbagai cara lagi untuk anda menambah pendapatan melalui blog.Saya hanya menerangkan secara ringkas saja.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki blog sendiri tetapi tidak mempunyai pengetahuan/kepakaran membinanya, anda bolehlah mendapatkan panduan membina blog dari rakan Facebook saya iaitu saudara Yazid Yahaya.Beliau merupakan seorang blogger yang sangat aktif di dalam dunia internet Malaysia dan juga penulis buku Buat Duit Dengan Blog terbitan syarikat PTS.

Terima Kasih & Salam Sukses..!

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

 Powered by Max Banner Ads 

6 Responses to “Blog..? Apa Benda Tu..?”

  1. donnyien.com says:

    Salam hadinur,
    Saya setuju dengan tuan,dah ramai yang memiliki blog ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.kalau belum ada blog,bolehlah guna blog percuma spt blogger.com atau wordpress.com.Ianya agak mudah untuk mengunakkannya.lepas dah biasa guna cpanel,barulah berpindah keblog berbayar.

    Memiliki blog banyak kelebihannya.selain sumber pendapatan sampingan kita juga boleh mendapat ramai kawan. :) so anda bila lagi nak mula?…

    P/s: dulu x tahu langsung aper kebendenya ‘blog’ tu..
    Teruskan usaha tuan Hadinur.. :razz:
    donnyien.com´s last blog ..The late of Louis Armstrong My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Hai donnyien…

    Macam saya ni terbalik lak.Saya ada blog berbayar dulu…
    Sekarang ni baru nak wat blog percuma.Untuk blog peribadi.
    Just suka-suka je… :smile:

    p/s: Tak payah la bertuan-tuan donnyien…segan pulak saya. :oops:

    [Reply]

    donny Reply:

    Guna ‘tuan’ sbb hormat sbg kawan. :)
    :mrgreen:
    donny´s last blog ..2009 Thank you party at Rasa sayang My ComLuv Profile

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Tima kasih tuan… ;-)

  2. kejarImpian says:

    sebenarnya memiliki blog tak la susah sgt tapi nk menjaganya agak ..erm..susah sbbnya kena update selalu. Kalu mcm sy agak blur bila kena menulis artikel utk post kekadang idea ada tpi bila depan komp hilang lak..

    [Reply]

    Hadinur MS Reply:

    Hahaha…
    Biasa la tu.

    Saya sekarang ni tengah mengidap penyakit tu.
    Susah nak update blog. :mrgreen:

    [Reply]

Leave a Reply

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 
CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree