FREE..! Internet Marketing Scripts 100% PERCUMA..!
Powered by MaxBlogPress  

Blog..? Apa Benda Tu..?

Categorized Under: Blogging 6 Commented

Melainkan sekiranya beberapa tahun kebelakangan ni anda ibarat ‘katak di bawah tempurung’, anda seharusnya tahu apa itu blog atau paling tidak pun pernah dengar mengenainya.Mungkin yang agak mengelirukan anda adalah kegunaan serta kepentingannya kepada sesetengah individu.

Blog merupakan gabungan 2 patah perkatan web & log.Web bermaksud laman web, manakala log pula mewakili catatan atau jurnal.Jadi di sini, dalam erti kata lain blog merupakan catatan/jurnal laman web.Ianya dibina & dikemaskini oleh seorang yang di kenali sebagai blogger.Blog biasanya mengandungi koleksi artikel perkongsian maklumat atau sekadar diari si penulis (blogger).Terdapat juga sesetengah blog yang mempunyai kombinasi gambar, artikel, video &  mp3.Semuanya terpulang kepada blogger tersebut.

blog1

Pada kebiasaannya, ramai yang beranggapan bahawa mereka yang berpengaruh atau ternama saja sesuai mempunyai blog.Tidak wajarlah sekiranya kita berfikiran sedemikian.Ini kerana memiliki blog tidak terhad kepada mereka yang ternama atau berpengaruh saja.Walau siapa anda sekalipun, sama ada seorang pelajar, pekerja swasta, kakitangan kerajaan, usahawan mahupun penanam anggur berjaya penganggur, anda seharusnya mempunyai blog.Kita perlu memiliki blog bagi tujuan perniagaan, minat, membina kredibiliti atau sekadar diari harian.Ini kerana blog merupakan salah satu medium yang berkesan untuk menyampaikan informasi terkini mengenai diri ataupun perniagaan anda.Tahukah anda, dengan memiliki blog anda juga boleh menambah pendapatan & menjadi terkenal..!

Berikut adalah beberapa cara untuk menghasilkan pendapatan melalui blog :-

1- Jual servis/produk.

Sekiranya anda adalah seorang usahawan tidak kiralah sama ada online ataupun offline, blog juga boleh menjadi salah satu medium pemasaran yang efektif.

2- Jana wang melalui affiliate.

Menjadi agen pemasaran bagi menjual sesuatu produk di blog anda.Anda akan diberikan komisyen sekiranya terdapat pembelian melalui link affiliate anda.

3- Sewa ruang pengiklanan.

Anda boleh menyewakan  ruang pengiklanan yang terdapat di blog anda kepada sesiapa saja yang berminat atau anda boleh mendaftarkan blog anda dengan komuniti pengiklanan online.

Di atas merupakan 3 cara yang biasa dilakukan oleh blogger untuk menambah pendapatan mereka.Kalau diikutkan, sememangnya terdapat pelbagai cara lagi untuk anda menambah pendapatan melalui blog.Saya hanya menerangkan secara ringkas saja.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki blog sendiri tetapi tidak mempunyai pengetahuan/kepakaran membinanya, anda bolehlah mendapatkan panduan membina blog dari rakan Facebook saya iaitu saudara Yazid Yahaya.Beliau merupakan seorang blogger yang sangat aktif di dalam dunia internet Malaysia dan juga penulis buku Buat Duit Dengan Blog terbitan syarikat PTS.

Terima Kasih & Salam Sukses..!

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share

Mengapa Perlunya Kedai Online..?

Categorized Under: Perniagaan Internet 4 Commented

Perniagaan internet kini semakin meluas pengaruhnya,meliputi hampir kesemua kategori perniagaan.Paling ketara sekali adalah melibatkan perniagaan runcit (retail) yang mana keperluannya adalah amat penting sekali.Disebabkan itu, maka peruncit (retailer) telah memulakan langkah mereka dengan membina kedai online bagi meraih keuntungan di dalam pasaran internet.Perniagaan tanpa sempadan ini membolehkan pemilik kedai online menerima pelanggan dari serata dunia, 24 jam sehari.Perniagaan berasaskan kedai online ini telah terbukti menjadi penyelesaian kepada era baru dunia perniagaan dalam memenuhi kehendak pengguna.

buy online

Anda juga boleh memiliki kedai online sekiranya berminat untuk memasuki pasaran tanpa sempadan ni.Dengan hanya beberapa langkah saje, anda boleh memiliki & menguruskan kedai online dari rumah  ataupun mengikut keselesaan anda.Mungkin anda tidak memiliki sebarang kemahiran/pengetahuan dalam membina kedai online.Tetapi anda boleh mendapatkan perkhidmatan membina kedai online dari mana-mana pakar pembangun laman web (web designer) dengan harga yang berpatutan.

Sebab wujudnya kedai online :-

  • Disebabkan arus kemodenan, manusia semakin sibuk dengan tugas masing-masing sehingga tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti membeli-belah.Aktiviti ini dianggap banyak membuang masa mereka.
  • Walaubagaimanapun, berdasarkan pada faktor ini, pengguna tidak dapat lari dari membeli keperluan harian mereka dan juga keperluan yang lain.
  • Kesukaran untuk mencari lokasi membeli-belah yang mana mereka boleh mendapat kesemua keperluan di bawah satu bumbung dengan harga berpatutan.
  • Kesesakan lalu lintas juga menjadi punca kepada kewujudan kedai online.
  • Oleh kerana itu, semakin ramai pengguna lebih gemar untuk berbelanja di internet bagi mengelakkan segala kesulitan dan membuat pembelian dari keselesaan di rumah mahupun di pejabat tanpa sebarang kerumitan.

Penyelesaiannya :-

Menyediakan kedai online merupakan jalan terbaik bagi memastikan pengguna selesa & dapat berbelanja secara bijak tanpa perlu membuang masa mereka.Kedai online berupaya melayani pelanggan dari serata dunia, setiap detik dengan mudah.

Jika dulu pada penghujung kurun ke 15, dunia telah dikejutkan dengan penemuan ‘New World’ (Amerika) oleh Christopher Columbus yang mana penemuan tersebut telah memberikan keuntungan kepada banyak pihak.Kini setelah lebih 500 tahun berlalu, kita telah di temukan lagi dengan sebuah ‘New World’.Dunia baru yang dimaksudkan di sini adalah internet dan ianya adalah dunia tanpa sempadan untuk kita meraih keuntungan.

Terima Kasih & Salam Tahun Baru.

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share

Lima Tips Menghadapi Kegagalan Tanpa Penyesalan

Categorized Under: Motivasi 8 Commented

“I have not failed.I have just found 10,000 way that will not work.” Ini adalah ungkapan terkenal yang telah diucapkan oleh Thomas Alva Edison sebaik saje beliau berjaya mencipta lampu yang pertama.Ungkapan ini jelas menunjukkan bahawa kegagalan bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya. Menyesali kegagalan secara terus-menerus akan membawa anda kepada kegagalan yang lain.Anda hanya perlu melihat kegagalan dari sudut pandangan yang berbeza, dan anda akan dapati bahawa kegagalan pada hari ini mungkin akan menjadi sesuatu yang berguna di masa hadapan.

frustrated-man1

Perkara asas yang perlu difahami di sini adalah, bukan anda sorang saje yang menghadapi kegagalan.Kegagalan merupakan satu perkara biasa sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.Oleh sebab itu, anda tidak perlu menyesali kegagalan anda terus menerus kerana ianya mungkin akan menjadi satu batu loncatan untuk anda berjaya di masa hadapan.Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menukar kegagalan tersebut menjadi motivasi, anda boleh melakukan lima tips ini :-

1 - Berfikiran positif

Mempunyai pemikiran yang negatif tentang kegagalan akan menjadi satu penghalang yang besar bagi anda.Anda mungkin takut untuk memulakan kehidupan yang baru kerana bimbang akan menghadapi kegagalan yang lain.Jika ‘tersekat’ pada tahap ini, anda akan berada jauh dari kejayaan.Satu perkara yang perlu difahami adalah, mengatasi rasa penyesalan akibat kegagalan tersebut amat bermanfaat kepada anda dalam memperkuatkan lagi ketahanan mental.Apa-apa pun, jangan biarkan penyesalan tersebut menghalang anda daripada memiliki masa depan yang lebih cerah.

2 – Mencari punca kegagalan

Anda tidak seharusnya melihat hanya faktor luaran saje di sebalik kegagalan tersebut.Sebaliknya cuba lihat juga dari segi faktor dalaman.Faktor luaran datang dari persekitaran atau situasi anda, termasuk kekurangan kemudahan atau kurangnya sokongan.Faktor dalaman datangnya dari dalam diri anda.Sekiranya anda menemukan lebih banyak faktor luaran, itu bermakna anda telah mencuba yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi anda untuk mencapai matlamat tertentu.Sebaliknya anda harus menilai semula diri anda sekiranya menemukan lebih banyak faktor dalaman yang mempengaruhi kegagalan anda.Mungkin anda kekurangan motivasi atau kurangnya disiplin dalam mengikuti jadual ataupun mempunyai masalah lain, anda harus mengubahnya segera.

3 – Buat penyelesaian yang terbaik

Jika anda telah menemukan faktor atau punca kegagalan tersebut, anda perlu mencari jalan terbaik untuk memperbaikinya.Melakukan langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut adalah lebih baik daripada melakukan kesemuanya sekaligus.Membuat penilaian yang jelas agar anda lebih fokus terhadap masalah tertentu dan ianya akan memudahkan anda untuk memperbaikinya.

4 – Menemukan potensi diri anda

Lebih baik bagi anda untuk menemukan potensi diri anda setelah mengalami kegagalan dan memperbaikinya.Meningkatkan potensi diri sangat penting dan membantu dalam usaha mencapai kejayaan.

5 – Trial and Error

Ini merupakan salah satu daripada langkah-langkah untuk mencapai kejayaan.Anda perlu memastikan bahawa anda menguruskan dengan baik semua usaha/rancangan anda bagi mengelakkan melakukan kesilapan/kegagalan yang sama.Ingat, anda mungkin melakukan kesilapan tetapi bukan kesilapan yang sama seperti apa yang telah anda lakukan dalam usaha/rancangan sebelum ni.Selain itu, kunci utama dalam melakukan trial and error ini adalah kesanggupan dan kesediaan anda untuk bekerja lebih keras.

Menerapkan lima tips di atas akan sangat membantu anda dalam menghadapi kegagalan tanpa penyesalan.Selepas ini, kegagalan bukan lagi satu masalah besar bagi anda… ;-)

Terima Kasih & Semoga Berani Gagal..!

Hadinur MS

Follow Me on Twitter : http://twitter.com/hadinurms

Add Me on Facebook : http://profile.to/hadinurms/

Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails

 Powered by Max Banner Ads 
Page 1 of 612345»...Last »